Referendum perlembagaan Rusia 2020
Referendum perlembagaan Rusia 2020

Referendum perlembagaan Rusia 2020

Referendum untuk mereformasi Perlembagaan Rusia diadakan dari 25 Jun hingga 1 Julai 2020.[1][2] Presiden Vladimir Putin mengusulkan referendum dalam pidatonya di hadapan Majlis Persekutuan pada 15 Januari 2020.[3] Rancangan pindaan Perlembagaan diajukan ke dalam referendum sesuai dengan perkara 2 Pindaan Perlembagaan.[4]Pindaan itu mencakupi perubahan menyeluruh terhadap perlembagaan, termasuk membenarkan Putin untuk mencalonkan diri sekali lagi untuk dua tempoh jawatan presiden lagi (masing-masing selama 6 tahun) dan melanjutkan dasar sosial pada persaraan serta yang konservatif seperti larangan perkahwinan sesama jenis,[5] mengadakan pendidikan bela negara di sekolah-sekolah dan secara eksplisit menegaskan Rusia sebagai "negara yang bertuhan". Perlembagaan juga akan menempatkannya lebih tinggi daripada undang-undang antarabangsa.Referendum awalnya dijadualkan diadakan pada 22 April, lalu pemungutan suara ditunda kerana pandemik COVID-19 di Rusia.[6] Secara kebetulan, tarikh pemungutan suara awal bertepatan dengan peringatan 150 tahun kelahiran Vladimir Lenin, tokoh revolusioner komunis Kesatuan Soviet.[7][8] Pemungutan suara diadakan secara langsung di tempat pemungutan suara diadakan dari 25 Jun hingga 1 Julai, dengan 1 Julai dinyatakan sebagai hari cuti sebagai tarikh pemungutan suara yang sebenarnya. Warga Moscow dan Oblast Nizhny Novgorod dapat turut serta dalam acara tersebut dari jarak jauh (secara elektronik) dari 25 hingga 30 Jun.[9][10]Menurut keputusan rasmi, 79% pengundi menyokong perubahan perlembagaan. Meskipad terdapat tuduhan dan laporan kecurangan, termasuk pemaksaan, penggelembungan suara, kerahsiaan suara tidak terjamin dan tuduhan kekerasan polis terhadap seorang wartawan yang hadir untuk memantau jalannya referendum.[11]

Referendum perlembagaan Rusia 2020

Tarikh 25 Jun  – 1 Julai 2020
Undi %
Keputusan
Undi %
Ya57,747,288&&&&&&&&&&&&&078.56000078.56%
Tidak15,761,978&&&&&&&&&&&&&021.44000021.44%
Undi sah73,509,266&&&&&&&&&&&&&099.18000099.18%
Undi tidak sah atau kosong604,951&&&&&&&&&&&&&&00.8200000.82%
Jumlah undi74,114,217100.00%
Pengundi berdaftar/keluar109,190,337&&&&&&&&&&&&&067.88000067.88%
Lokasi Rusia
Hasil mengikut county
Hasil mengikut county
     Yes        No

Rujukan

WikiPedia: Referendum perlembagaan Rusia 2020 http://www.kremlin.ru/events/president/news/63443 https://www.economist.com/graphic-detail/2020/03/1... https://abcnews.go.com/International/russia-announ... https://www.nbcnews.com/feature/nbc-out/russian-vo... https://www.reuters.com/article/us-russia-putin-vo... https://eeas.europa.eu/headquarters/headquarters-h... https://meduza.io/en/feature/2020/06/12/look-after... https://web.archive.org/web/20200618030556/https:/... https://web.archive.org/web/20200624153003/http://... https://web.archive.org/web/20200626183844/https:/...